Apakah risiko BPH biasa?

Umur, sejarah keluarga, obesiti dan penyakit kronik semuanya boleh meningkatkan risiko Anda

Adakah terdapat risiko serius terhadap kesihatan Anda?

Umur Anda, sejarah keluarga yang mempunyai masalah prostat, obesiti dan penyakit kronik seperti diabetes dan penyakit jantung boleh meningkatkan kebarangkalian pembesaran prostat Anda.1 Jika Anda mengabaikan simptom-simptom ini, ia boleh membawa kepada pelbagai komplikasi.

Bagaimana ia boleh menjejaskan hidup Anda?

Terdapat beberapa keadaan perubatan yang boleh dikaitkan dengan ketidakupayaan Anda untuk mengosongkan sepenuhnya pundi kencing Anda.1
  • Hadangan kencing mengejut
  • Jangkitan saluran kencing
  • Inflamasi prostat
  • Batu karang pundi kencing dan kemudaratan
  • Batu karang buah pinggang dan kemudaratan
Walaupun kebanyakan lelaki yang mempunyai pembesaran prostat tidak mengalami keadaan-keadaan ini, Anda boleh mengurangkan risiko dengan mengawal BPH pada peringkat yang paling awal.

Sertai Kuiz

Sertai kuiz BPH kami untuk mengenal pasti sama ada Anda mengalami simptom-simptom BPH dan membantu Anda memulakan perbualan dengan doktor anda tentang BPH.

Soalan kepada doktor Anda

Panduan cara memulakan perbualan dengan doktor Anda.
 

Rujukan

  1. Mayo Clinic Patient Care & Health Information Diseases & Conditions Benign prostatic hyperplasia (BPH) https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/benign-prostatic-hyperplasia/symptoms-causes/syc-20370087 Accessed 13 May 2019.
Keputusan dalam kajian-kajian kes tidak semestinya adalah ramalan dalam kes-kes lain. Keputusan setiap kes boleh berbeza-beza.
PENAFIAN: * Simptom, situasi, keadaan dan keputusan pada setiap individu boleh berbeza-beza. Kuiz ini bertujuan untuk maklumat sahaja, dan bukan untuk diagnosis atau rawatan perubatan atau sebagai pengganti nasihat perubatan profesional. Sila dapatkan nasihat doktor Anda atau penyedia penjagaan kesihatan bertauliah mengenai keadaan Anda dan rawatan perubatan yang sesuai.
URO/PH-1388201-AA MY AUG2022