Terapi Wap Air

Hubungi pakar urologi untuk mendapatkan diagnosis dan rawatan masalah kencing seperti BPH.

Bersedia untuk Meneruskan Kehidupan?

Tidak bersedia untuk pembedahan, tetapi pilihan rawatan semasa anda tidak berfungsi untuk anda?

Terapi Wap Air ialah rawatan inap singkat di hospital yang direka untuk mengurangkan simptom BPH pada sesetengah lelaki yang mempunyai prostat membesar.

Bincang dengan doktor atau pakar urologi anda untuk mengetahui sama ada Terapi Wap Air sesuai untuk anda.

Apakah Itu Terapi Wap Air?

Terapi Wap Air ialah prosedur invasif minimal yang menggunakan tenaga semula jadi yang tersimpan dalam beberapa titisan air untuk merawat lebihan tisu prostat yang menyebabkan simptom BPH. Jadi anda tidak perlu meneruskan pengambilan ubat BPH yang mahal.

rezum

Apakah Potensi Manfaat Terapi Wap Air?

Jika anda menghidapi BPH, Terapi Wap Air mungkin memberik manfaat seperti:
  • Tiada lagi ubat-ubatan BPH
  • Kebanyakan pesakit melihat peningkatan simptom dalam masa dua minggu1
  • Prosedur inap singkat di hospital1
  • Mengekalkan fungsi erektil dan kencing1
  • Keupayaan untuk kembali kepada aktiviti biasa dalam beberapa hari1*
  • Kelegaan simptom yang bertahan lama2
  • Tiada implan kekal

Apakah Risikonya?

Semua rawatan mempunyai risiko yang wujud dan berkaitan. Sistem Terapi Wap Air bertujuan untuk melegakan simptom dan halangan, dan mengurangkan tisu prostat berkaitan dengan BPH. Sistem Terapi Wap Air tersebut juga ditujukan untuk rawatan prostat dengan hiperplasia zon tengah dan/atau lobus median. Potensi risiko termasuk tetapi tidak terhad kepada rasa sakit semasa kencing (disuria), darah dalam air kencing (hematuria), darah dalam air mani (hematospermia), penurunan isi padu ejakulasi, jangkitan saluran kencing yang disyaki (UTI), dan kekerapan kencing, bertahan atau keterdesakan. Anda harus berbincang dengan doktor atau ahli urologi anda tentang manfaat dan risiko sebelum meneruskan sebarang pilihan rawatan.
BPH MY Water Vapor Therapy

Adakah Terapi Wap Air Sesuai untuk saya?

Cara terbaik untuk mengetahuinya adalah dengan berbincang dengan doktor anda untuk menentukan sama ada Terapi Wap Air ialah rawatan yang baik untuk anda berdasarkan simptom anda dan tujuan rawatan. Mulakan dengan menyertai Kuiz BPH kami. Kemudian bawa cetakan keputusannya bersama-sama dengan anda untuk janji temu anda.

Soalan Lazim

Siapakah yang boleh mendapat manfaat daripada Terapi Wap Air?

Terapi Wap Air ialah satu pilihan untuk lelaki yang telah mencuba kaedah bukan pembedahan termasuk ubat-ubatan, pemerhatian bertunggu dan perubahan gaya hidup tetapi masih tidak berjaya, atau untuk mereka yang tidak berminat dengan prosedur invasif minimum lain atau prosedur pembedahan BPH.

Adakah Saya Perlu Pergi ke Hospital untuk Terapi Wap Air?

Terapi Wap Air ialah prosedur invasif minimal yang secara tipikalnya boleh dilakukan sebagai pembedahan satu hari di hospital.

Sakitkah Pembedahan Ini? Adakah Saya Perlu Dibius?

Terapi Wap Air dilakukan di bawah anestetik, doktor atau pakar urologi anda akan mempreskripsikan ubat selepas prosedur. Selepas prosedur anda, teruskan pengambilan antibiotik oral selama 3 hingga 5 hari mengikut preskripsi daripada pakar urologi anda, yang akan membincangkan pilihan untuk anda memaksimumkan keselesaan anda semasa prosedur.

Berapa cepatkah akan saya lihat keadaan bertambah baik?

Kajian klinikal menunjukkan kebanyakan lelaki mengalami kelegaan simptom seawal 2 minggu selepas rawatan, dan berterusan bertambah baik sehingga 3 bulan.2 Respon pesakit berlainan berbeza-beza.

Berapa cepatkah boleh saya kembali kepada aktiviti biasa?

Kajian klinikal menunjukkan kebanyakan lelaki kembali melakukan aktiviti biasa dalam beberapa hari.1 Pakar urologi anda akan membincangkan perkara ini dengan anda dan membuat cadangan yang sesuai dengan peribadi anda.

Berapa Lamakah Kesembuhan Itu Bertahan?

Kajian klinikal menunjukkan kesembuhan simptom bertahan lebih 4 tahun dan kajian masih berterusan untuk mendapatkan keputusan daripada pesakit jangka panjang.2

Bolehkah Terapi Wap Air Menyebabkan Disfungsi Erektil?

Tidak ada laporan tentang disfungsi erektil baharu akibat rawatan Terapi Wap Air. Berdasarkan kajian pivotal, terdapat kemungkinan bahawa kondisi tersembunyi mungkin muncul selepas rawatan dengan Sistem Terapi Wap Air.2 Pastikan anda berbincang dengan pakar urologi anda tentang keadaan kesihatan anda.

Sertai Kuiz

Sertai kuiz BPH kami untuk mengenal pasti sama ada Anda mengalami simptom-simptom BPH dan membantu Anda memulakan perbualan dengan doktor anda tentang BPH.

Soalan kepada doktor Anda

Panduan cara memulakan perbualan dengan doktor Anda.
 

Rujukan

  1. McVary KT, Gange SN, Gittelman MC, et al. Minimally invasive prostate convective water vapor energy ablation: A multicenter, randomized, controlled study for the treatment of lower urinary tract symptoms secondary to benign prostatic hyperplasia. J Urol. 2016 May;195(5):1529-38.
  2. McVary KT, Rogers T, Roehrborn CG. Rezūm water vapor thermal therapy for lower urinary tract symptoms associated with benign prostatic hyperplasia: 4-year results from randomized controlled study. Urology Gold Journal. 2019 Jan 23. [Epub ahead of print]
  3. McVary KT, Roehrborn CG. Three-year outcomes of the prospective, randomized controlled Rezūm system study: Convective radiofrequency thermal therapy for treatment of lower urinary tract symptoms due to benign prostatic hyperplasia. Urology. 2018 Jan;111:1-9.
Keputusan dalam kajian-kajian kes tidak semestinya adalah ramalan dalam kes-kes lain. Keputusan setiap kes boleh berbeza-beza.
PENAFIAN: * Simptom, situasi, keadaan dan keputusan pada setiap individu boleh berbeza-beza. Kuiz ini bertujuan untuk maklumat sahaja, dan bukan untuk diagnosis atau rawatan perubatan atau sebagai pengganti nasihat perubatan profesional. Sila dapatkan nasihat doktor Anda atau penyedia penjagaan kesihatan bertauliah mengenai keadaan Anda dan rawatan perubatan yang sesuai.
URO/PH-1388201-AA MY AUG2022