Ubat

Tinggal dengan gejala BPH? Mungkin sudah tiba masanya untuk berbincang dengan doktor anda.
BPH MY medication-header

Terokai beberapa pilihan ubat

Anda telah mencuba pemerhatian bertunggu. Anda telah membuat perubahan kepada gaya hidup sihat. Tetapi anda masih mengalami simptom BPH. Mungkin sudah tiba masanya untuk berbincang dengan doktor atau pakar urologi anda, yang akan mencadangkan ubat- ubatan. Terdapat beberapa jenis ubat yang biasa digunakan untuk merawat simptom BPH yang ringan hingga sederhana.

Penghalang Alpha

Sumber awam menunjukkan bahawa ubat jenis ini membantu mengendurkan otot di dalam pundi kencing dan prostat, membolehkan air kencing mengalir dengan lebih bebas. Penghalang Alpha biasanya termasuk yang jenis generik dan berjenama.

Potensi Manfaat Termasuk:

  • Kebiasaanya penghalang Alpha berkesan dengan cepat pada lelaki dengan prostat yang secara relatifnya kecil.1
  • Penghalang Alpha boleh memberikan kelegaan yang cepat, sesetengah lelaki melihat peningkatan dalam beberapa hari atau minggu selepas mula mengambilnya.2

Risiko Termasuk:

Sesetengah lelaki mungkin mengalami kesan sampingan seperti:

  • Pengurangan dalam ejakulasi.3
  • Ejakulasi retrograd, suatu kondisi yang tidak berbahaya apabila air mani kembali ke dalam pundi kencing dan bukannya keluar dari hujung zakar.1
  • Penghalang Alpha selalunya digunakan untuk menurunkan tekanan darah; dan boleh menyebabkan pening 2,3 atau pening lalatbagi lelaki yang mengambilnya untuk BPH.
  • Kesan sampingan biasa yang lain boleh menyebabkan loya atau sakit kepala.2

Perencat Reduktase 5-Alpha

Ubat-ubatan ini direka untuk menghentikan pertumbuhan prostat anda atau mengecutkan juga saiznya – dengan menurunkan pengeluaran hormon DHT yang menyebabkan pembesaran prostat. Ia selalu dipreskripsikan kepada lelaki yang mempunyai prostat besar.2

Potensi manfaat termasuk:

  • Ubat-ubatan ini mengecutkan prostat anda dengan menghalang perubahan hormon yang menyebabkan pembesaran prostat.1
  • Boleh diambil seumur hidup untuk memudahkan simptom BPH anda.2

Risiko mungkin termasuk:

Sesetengah lelaki mungkin mengalami kesan sampingan seperti:

  • Ia mungkin mengambil masa tiga hingga enam bulan untuk melegakan simptom 1
  • Ejakulasi retrograd1,2
  • Ia boleh mengurangkan dorongan seks dan menyebabkan disfungsi erektil (ED)1,2
  • Ubat-ubatan mungkin tidak boleh selalu melegakan simptom kerana saiz prostat anda tidak selalu sepadan dengan tahap parahnya simptom.2
  • Kesan sampingan biasa yang lain boleh menyebabkan loya atau sakit kepala.2

Gabungan ubat terapi

Doktor sering mengesyorkan terapi gabungan apabila penghalang alpha atau perencat reduktase 5-alpha tidak berfungsi dengan sendirinya. Walaupun sesetengah pesakit mengalami kelegaan menggunakan ubat-ubatan ini, menggunakannya bersama-sama boleh menyebabkan kesan sampingan.3

Potensi manfaat termasuk:

  • Sesetengah lelaki mengalami keputusan yang terbaik dengan mengambil kedua-dua ubat.2

Risiko mungkin termasuk:

Sesetengah lelaki boleh mengalami kesan sampingan seperti:

  • Risiko kesan sampingan yang lebih tinggi daripada satu atau kedua-dua ubat.2
  • Pengurangan dorongan seks dan disfungsi erektil (ED)3

Sertai Kuiz

Sertai kuiz BPH kami untuk mengenal pasti sama ada Anda mengalami simptom-simptom BPH dan membantu Anda memulakan perbualan dengan doktor anda tentang BPH.

Soalan kepada doktor Anda

Panduan cara memulakan perbualan dengan doktor Anda.
 

Rujukan

  1. Mayo Clinic Patient Care & Health Information. Disease & Conditions. Benign prostatic hyperplasia Diagnosis & treatment https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/benign-prostatic-hyperplasia/diagnosis-treatment/drc-20370093 Accessed 22 January 2020
  2. Healthline BPH Treatments_ Prescription Medications https://www.healthline.com/health/enlarged-prostate-medications-list#alpha-reductase-inhibitors Accessed 22 January 2020
  3. Roger K and Gilling P. Fast Facts: Benign Prostatic Hyperplasia, 7th edition. Health Press. 2011.
Keputusan dalam kajian-kajian kes tidak semestinya adalah ramalan dalam kes-kes lain. Keputusan setiap kes boleh berbeza-beza.
PENAFIAN: * Simptom, situasi, keadaan dan keputusan pada setiap individu boleh berbeza-beza. Kuiz ini bertujuan untuk maklumat sahaja, dan bukan untuk diagnosis atau rawatan perubatan atau sebagai pengganti nasihat perubatan profesional. Sila dapatkan nasihat doktor Anda atau penyedia penjagaan kesihatan bertauliah mengenai keadaan Anda dan rawatan perubatan yang sesuai.
URO/PH-1388201-AA MY AUG2022