Apakah punca BPH? Tiada siapa yang tahu dengan tepat kenapa kaum lelaki menghidap BPH. Ia adalah sebahagian kehidupan seorang lelaki. BPH dialami oleh 60% lelaki yang mencapai umur 60 tahun.1,2 BPH adalah suatu masalah yang berterusan.
Apakah simptom penyakit ini? Ia bermula begitu sahaja. Anda mungkin terpaksa bangun beberapa kali pada waktu malam untuk membuang air kecil.3 Atau Anda mengalami air kencing tidak lawas.3 Atau mengalami air kencing yang menitis di selepas kencing.3 Atau rasa hendak kencing secara tiba-tiba dan keadaan ini berulang. Dapatkan maklumat yang perlu.
Apakah risiko terhadap kesihatan? Sejarah BPH keluarga, obesiti dan kurang aktiviti fizikal boleh meningkatkan kebarangkalian pembesaran prostat Anda.3 Pengabaian simptom-simptom BPH boleh menyebabkan Anda mempunyai risiko mendapat jangkitan saluran kencing, batu karang dan kerosakan pundi kencing.
3
Bagaimanakah BPH mempengaruhi kehidupan Anda? BPH mungkin tidak mengancam nyawa. Namun, ia boleh menjejaskan kesihatan dan kualiti kehidupan seseorang lelaki. Keletihan kronik kerana bangun pada waktu malam untuk pergi ke tandas. Rasa malu kerana lama di dalam tandas awam. Keresahan tentang BPH.
Sertai kuiz BPH kami untuk mengenal pasti sama ada Anda mengalami simptom-simptom BPH dan membantu Anda memulakan perbualan dengan doktor anda tentang BPH.
American Urological Association Guideline: management of benign prostatic hyperplasia (BPH). 2010. Surgical Management of Lower Urinary Tract Symptoms Attributed to Benign Prostatic Hyperplasia (2018). https://www.auanet.org/guidelines/benign-prostatic-hyperplasia/lower-urinary-tract-symptoms-(2018)#x8218 Accessed 25 February 2019.
Mazur DJ, Helfand BT, McVary KT et al: Influences of neuroregulatory factors on the development of lower urinary tract symptoms/benign prostatic hyperplasia and erectile dysfunction in aging men. Urol Clin North Am 2012; 39: 77-88.
Mayo Clinic Patient Care & Health Information Diseases & Conditions Benign prostatic hyperplasia (BPH) https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/benign-prostatic-hyperplasia/symptoms-causes/syc-20370087 Accessed 13 May 2019.
Keputusan dalam kajian-kajian kes tidak semestinya adalah ramalan dalam kes-kes lain. Keputusan setiap kes boleh berbeza-beza.
PENAFIAN: * Simptom, situasi, keadaan dan keputusan pada setiap individu boleh berbeza-beza. Kuiz ini bertujuan untuk maklumat sahaja, dan bukan untuk diagnosis atau rawatan perubatan atau sebagai pengganti nasihat perubatan profesional. Sila dapatkan nasihat doktor Anda atau penyedia penjagaan kesihatan bertauliah mengenai keadaan Anda dan rawatan perubatan yang sesuai.